29 December 2016

Cara Pembayaran Tempahan Hafsah Homestay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung di blog ini..😊

Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekiranya terdapat salah faham berkaitan isu pembayaran sepanjang kami mengusahakan homestay ini. 😔

Baiklah, pada hari ini kami akan bercerita lebih bagi menjelaskan tentang cara pembayaran tempahan yang perlu para penginap lakukan sebelum check-in.

Sekiranya Tuan/Puan berminat untuk bermalam di teratak kecil kami, apa yang perlu Tuan lakukan adalah;

1) Menghubungi pihak kami di talian 011-6071 7341 atau 018-776 0601 (boleh juga whatsapp) untuk pertanyaan tarikh dan masa.

2) Sekiranya terdapat kekosongan pada tempoh berkenaan, Tuan/Puan diminta untuk membayar deposit minima sebanyak RM50 ke dalam akaun Maybank 151294794998 (Rozeetah Shamsir).

3) Membuat baki bayaran sewa homestay mengikut bayaran yang telah dipersetujui kepada pihak kami secara online atau boleh juga dibayar kepada penjaga rumah kami pada masa Tuan/Puan check-in.

Diharap pihak penginap jelas dengan cara pembayaran yang telah pun kami tetapkan :)

Terima Kasih atas kesudian para pengunjung untuk membaca dan melawati blog kami ini.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang itu dari pihak kami. Sebelum berundur diri, kami ingin memohon maaf sekali lagi dan Selamat Tahun Baru kepada semua.  


Hubungi kami untuk tempahan/pertanyaan.
*Harga yang berpatutan.
☎️ Tel / Mesej / Whatsapp: 01160717341 (Nisa) / 0187760601 (Zizi)
Email : hafsahomestay@yahoo.com

0 komen/pertanyaan/cadangan:

Post a Comment